Friday, April 27, 2012

Ancaman Keselamatan Android

Kadang-kala peralatan canggih boleh diubah menjadi perumah kepada penjenayah keselamatan maya.

Tetapi bagaimana pengguna dapat mengelakkan ‘jangkitan’ dan ‘perebakan’ yang berlaku dalam telefon pintar atau komputer tablet?

Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi.

Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi.

Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku?

Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android.

Menurut Juniper Networks, contoh malware Android meningkat dengan mendadak sehingga 472 peratus dalam tempoh Julai sehingga November 2011.

Penggodam telah mengisytiharkan perang terhadap Android dan sebagai pengguna mungkin mereka terkena tempiasnya.

Bak kata Sun Tzu dalam Seni Peperangan, ‘jika anda kenal musuh anda, anda boleh menang beratus-ratus peperangan tanpa kalah’.

Di sini terdapat lima musuh utama yang perlu pengguna Android ketahui dan bagaimana untuk mengalahkan mereka dalam permainan ini.


SMS Trojans


Menurut laporan Juniper yang sama, hampir separuh aplikasi seakan-akan Android yang berniat jahat yang beredar sekarang adalah SMS Trojan yang menghantar mesej teks dalam latar belakang (tanpa pengetahuan pengguna) kepada beberapa nombor telefon yang dimiliki penggodam.

Akibatnya sebagai pengguna anda terbeban dengan bil bulanan yang melambung.

Jalan terbaik untuk menghentikan SMS Trojan adalah dengan mengelak terkena jangkitannya.

Justeru gunakan bantuan keselamatan Android yang direka khusus bagi memerangi semua serangan yang menimbulkan ancaman.

Jangan menggunakan aplikasi yang kelihatan mencurigakan atau kelihatan amat sempurna dan baik.

Carrier IQ

Penghujung tahun 2011, penyelidik mendapati rootkit pembangun perisian Carrier IQ beroperasi pada berjuta-juta peralatan mudah alih.

Walaupun kelihatan tidak mencurigakan, kod berkenaan dilaporkan merekodkan lokasi termasuk kata laluan.

Malangnya semua ini berlaku tanpa pengetahuan pengguna dan tanpa pilihan melumpuhkan penggunaanya.

Bagi mengawal ancaman berkenaan dapatkan Carrier IQ Test, aplikasi percuma yang dapat mengesan dan membuang perisian yang tidak dibenarkan.

Aplikasi Preloaded

Biasanya telefon pintar atau tablet didatangkan dengan bonus seperti aplikasi, perisian yang tidak termasuk dengan Android tetapi telah ditambah oleh pengilang.

Disember tahun lalu, penyelidik mendapati terdapat aplikasi preloaded yang mendedahkan keselamatan pengguna seperti yang biasa digunakan untuk mencuri data peribadi atau mencuri dengar perbualan telefon.

Atau lebih teruk lagi kerana kebanyakan aplikasi ‘diadun’ bersama-sama OS dan tidak boleh dibuang.

Jika pengguna menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), mereka boleh menyembunyikan dan melumpuhkan aplikasi bloatware.

Hanya dengan masuk ke Settings, Device, Apps, pergi ke All kemudian aplikasi yang mahu dibuang dan tekan Disable.

Kedai palsu Google Play

Awal tahun, Google telah mengubah Android Market kepada Google Play di mana ia menggabungkan beberapa perkhidmatan seperti aplikasi, muzik, e-book.

Bagaimanapun penjenayah siber mula mencipta domain Google Play palsu bagi menipu pengguna memasang aplikasi berbahaya.

Cara melawan ancaman berkenaan adalah dengan menjadi lebih pintar.

Jangan memasang aplikasi Google Play dengan memuat turun sendiri tapi ikutlah peraturan biasa untuk mengemaskini peralatan OS.

Perisian keselamatan Android boleh mengesan dan membuang segala aplikasi mencurigakan yang mungkin dipasang tanpa pengetahuan.

Jadi lebih baik gunakan anti-malware pada peralatan mudah alih.

Peringatan palsu

Jika anda mendapat mesej daripada bank berbunyi ‘Akaun anda bermasalah! Kemaskini kata laluan.’

Pergi ke link berkenaan membawa pengguna ke laman web yang sama dengan bank yang anda selalu lawati.

Jika pengguna masuk ke akaun berkenaan, ia akan membuka laluan menjadi mangsa jenayah siber mencuri semua data peribadi pengguna.

Jangan sekali-kali masuk ke link yang terdapat di dalam e-mel atau mesej teks walaupun kelihatan memang sama.

Pastikan anda buka perayauan dan sambung kepada institusi kewangan secara terus dan pastikan URL bermula dengan https:// dan kini beberapa institusi kewangan yang mempunyai pelbagai langkah-langkah keselamatan bagi menjaga hak pengguna.

Dan jika pengguna masih ragu-ragu mengenai keselamatan, hubungi institusi kewangan untuk berurusan secara terus.

Tuesday, April 24, 2012

Video:Kisah Hudud Secara Umum

Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Sumber :http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Video_Stream&page=watch&id=71

Monday, April 23, 2012

Tip Jimat Bateri Komputer Riba

KOMPUTER riba bukanlah gajet yang dianggap terlalu mewah pada hari ini. Jika dahulu penggunaannya terhad kepada golongan profesional atau setidaknya mereka yang telah bekerja, tetapi hari ini ia digunakan secara meluas termasuk golongan pelajar.

Faktor mobilitinya menyebabkan ia menjadi pilihan ramai. Sungguhpun begitu faktor bateri ada kalanya menyebabkan aktiviti dengan komputer mudah alih ini agak terhad. Langkah-langkah berikut dapat membantu memanjangkan nyawa bateri komputer anda.

Kebanyakan bateri komputer riba hari ini digerakkan oleh bateri lithium ion (li-ion). Bateri jenis ini lebih ringan, mempunyai nisbah kuasa dengan berat yang lebih baik, mampu menyimpan cas lebih lama, mempunyai jangka hayat dan tidak memberi kesan kepada ingatan komputer sekiranya ia menemui kegagalan pra-matang.

Kos pengeluaran bateri lithium ion ini juga lebih rendah berbanding bateri generasi sebelumnya – nickel metal hydride. Satu-satunya kekurangan pada bateri jenis lithium-ion ialah ia boleh menyebabkan litar pintas malah meletup sekiranya terlampau panas. Setiap bateri yang didatangkan dengan komputer riba mempunyai tempoh bekalan kuasa tertentu. Periksa tempoh bekalan kuasa yang tertera pada katalog sebelum membeli sesebuah komputer riba.

Anda boleh memilih pengunaan bateri yang optimum ialah dengan memadankan tetapan bateri selari dengan mod penjimatan kuasa pada komputer anda.
Tetapan ini akan meletakkan cakera keras pada mod tidur ketika beban tugasan berkurangan dan ini akan mengurangkan prestasi unit pemproses bagi memaksimumkan hayat bateri. Pilih longest battery life pada tetapan kuasa komputer anda.

Di sini, digariskan beberapa langkah-langkah penjimatan bateri yang boleh diamalkan. Semoga ia dapat memanjangkan lagi hayat cas bateri komputer riba kita. Maka, anda dapat menggunakan komputer riba dengan lebih lama!

Langkah penjimatan bateri

*** Sekiranya komputer tidak digunakan untuk satu tempoh yang agak panjang, letakkannya pada mod bersedia atau standby. Mod bersedia akan memastikan data semasa disimpan di dalam RAM dengan pengunaan kuasa yang minimum.

*** Menambahkan ingatan sementara atau RAM komputer anda akan menjimatkan kuasa bateri kerana ia akan mengurangkan pergantungan sistem operasi pada virtual memory swap pada cakera keras anda.

*** Tetapkan kecerahan skrin LCD anda serendah yang mungkin tetapi selesa pada mata anda. Semakin cerah paparan skrin, semakin banyak kuasa bateri yang digunakan.

*** Elakkan daripada mengecas bateri dan pada masa yang sama mengoperasikan komputer menggunakan adapter AC anda. Seboleh-bolehnya, cas ketika komputer tidak digunakan. Ini membolehkan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan sempurna tanpa gangguan.

*** Sekali-sekala bersihkan sambungan bateri (berwarna keemasan) bagi memastikan ia bebas daripada habuk. Anda boleh menggunakan sedikit alkohol dan lapkan dengan kain bagi mencuci bateri.

*** Nyahaktifkan fungsi atau ciri yang tidak digunakan pada komputer riba anda. Sebagai contoh, keluarkan disk optikal (CD/DVD) dari pemacunya apabila tidak digunakan. Pemacu CD/DVD akan cuba membaca media di dalamnya dan ini menggunakan kuasa bateri yang lebih.

*** Cabut kabel perkakasan tambahan seperti pencetak, pengimbas atau gajet digital lain daripada komputer anda kerana ia akan memakan bekalan kuasa walaupun ketika tidak digunakan.

*** Hentikan carian automatik wifi dan bluetooth anda apabila tidak diperlukan. Sekiranya anda tidak menggunakannya langsung, matikan semua fungsi ini dan sekali gus anda dapat membuat penjimatan kuasa yang lebih.

Sumber - KOSMO

Kenali Imam As-Syafie

"Beliau bernama Muhammad dengan kuniyah (gelaran) Abu Abdillah. Nasab beliau secara lengkap adalah Muhammad bin Idris bin al-‘Abbas bin ‘Utsman bin Syafi‘ bin as-Saib bin ‘Ubayd bin ‘Abdu Zayd bin Hasyim bin al-Muththalib bin ‘Abdu Manaf bin Qushay. Nasab beliau bertemu dengan nasab Rasulullah pada diri ‘Abdu Manaf bin Qushay. Dengan begitu, beliau masih termasuk sanak kandung Rasulullah karena masih terhitung keturunan paman-jauh beliau , yaitu Hasyim bin al-Muththalib.

Bapak beliau, Idris, berasal dari daerah Tibalah (Sebuah daerah di wilayah Tihamah di jalan menuju ke Yaman). Dia seorang yang tidak berpunya. Awalnya dia tinggal di Madinah lalu berpindah dan menetap di ‘Asqalan (Kota tepi pantai di wilayah Palestina) dan akhirnya meninggal dalam keadaan masih muda di sana. Syafi‘, kakek dari kakek beliau, -yang namanya menjadi sumber penisbatan beliau (Syafi‘i)- menurut sebagian ulama adalah seorang sahabat shigar (junior) Nabi. As-Saib, bapak Syafi‘, sendiri termasuk sahabat kibar (senior) yang memiliki kemiripan fisik dengan Rasulullah saw. Dia termasuk dalam barisan tokoh musyrikin Quraysy dalam Perang Badar. Ketika itu dia tertawan lalu menebus sendiri dirinya dan menyatakan masuk Islam.

Para ahli sejarah dan ulama nasab serta ahli hadits bersepakat bahwa Imam Syafi‘i berasal dari keturunan Arab murni. Imam Bukhari dan Imam Muslim telah memberi kesaksian mereka akan kevalidan nasabnya tersebut dan ketersambungannya dengan nasab Nabi, kemudian mereka membantah pendapat-pendapat sekelompok orang dari kalangan Malikiyah dan Hanafiyah yang menyatakan bahwa Imam Syafi‘i bukanlah asli keturunan Quraysy secara nasab, tetapi hanya keturunan secara wala’ saja.

Adapun ibu beliau, terdapat perbezaan pendapat tentang jati dirinya. Beberapa pendapat mengatakan dia masih keturunan al-Hasan bin ‘Ali bin Abu Thalib, sedangkan yang lain menyebutkan seorang wanita dari kabilah Azadiyah yang memiliki kun-yah (gelaran) Ummu Habibah. Imam an-Nawawi menegaskan bahawa ibu Imam Syafi‘i adalah seorang wanita yang tekun beribadah dan memiliki kecerdasan yang tinggi. Dia seorang yang faqih dalam urusan agama dan memiliki kemampuan melakukan istinbath hukum. (mengeluarkan hukum)

Waktu dan Tempat Kelahirannya

Beliau dilahirkan pada tahun 150H. Pada tahun itu pula, Abu Hanifah wafat sehingga dikomentari oleh al-Hakim sebagai isyarat bahwa beliau adalah pengganti Abu Hanifah dalam bidang yang ditekuninya.

Tentang tempat kelahirannya, banyak riwayat yang menyebutkan beberapa tempat yang berbeda. Akan tetapi, yang termasyhur dan disepakati oleh ahli sejarah adalah kota Ghazzah (Sebuah kota yang terletak di perbatasan wilayah Syam ke arah Mesir. Tepatnya di sebelah Selatan Palestina. Jaraknya dengan kota Asqalan sekitar dua farsakh= 11km ). Tempat lain yang disebut-sebut adalah kota Asqalan dan Yaman.

Ibnu Hajar memberikan penjelasan bahwa riwayat-riwayat tersebut dapat digabungkan dengan dikatakan bahwa beliau dilahirkan di sebuah tempat bernama Ghazzah di wilayah Asqalan. Ketika berumur dua tahun, beliau dibawa ibunya ke negeri Hijaz dan berbaur dengan penduduk negeri itu yang keturunan Yaman karena sang ibu berasal dari kabilah Azdiyah (dari Yaman). Lalu ketika berumur 10 tahun, beliau dibawa ke Mekkah, karena sang ibu khawatir nasabnya yang mulia lenyap dan terlupakan.

Pertumbuhannya dan Pengembaraannya Mencari Ilmu

Di Mekkah, Imam Syafi ‘i dan ibunya tinggal di dekat Syi‘bu al-Khaif. Di sana, sang ibu mengirimnya belajar kepada seorang guru. Sebenarnya ibunya tidak mampu untuk membiayainya, tetapi sang guru ternyata rela tidak dibayar setelah melihat kecerdasan dan kecepatannya dalam menghafal. Imam Syafi‘i bercerita, “Di al-Kuttab (sekolah tempat menghafal Alquran), saya melihat guru yang mengajar di situ membacakan murid-muridnya ayat Alquran, maka aku ikut menghafalnya. Sampai ketika saya menghafal semua yang dia katakan, dia berkata kepadaku, “Tidak halal bagiku mengambil upah sedikitpun darimu.” Dan ternyata kemudian dengan segera guru itu mengangkatnya sebagai penggantinya (mengawasi murid-murid lain) jika dia tidak ada. Demikianlah, belum lagi menginjak usia baligh, beliau telah berubah menjadi seorang guru.

Setelah rampung (selesai) menghafal Alquran di al-Kuttab, beliau kemudian beralih ke Masjidil Haram untuk menghadiri majeis-majlis ilmu di sana. Sekalipun hidup dalam kemiskinan, beliau tidak berputus asa dalam menimba ilmu. Beliau mengumpulkan pecahan tembikar, potongan kulit, pelepah kurma, dan tulang unta untuk dipakai menulis. Sampai-sampai tempayan-tempayan milik ibunya penuh dengan tulang-tulang, pecahan tembikar, dan pelepah kurma yang telah bertuliskan hadits-hadits Nabi. Dan itu terjadi pada saat beliau belum lagi berusia baligh. Sampai dikatakan bahwa beliau telah menghafal Alquran pada saat berusia 7 tahun, lalu membaca dan menghafal kitab Al-Muwaththa’ karya Imam Malik pada usia 12 tahun sebelum beliau berjumpa langsung dengan Imam Malik di Madinah.

Beliau juga tertarik mempelajari ilmu bahasa Arab dan syair-syairnya. Beliau memutuskan untuk tinggal di daerah pedalaman bersama suku Hudzail yang telah terkenal kefasihan dan kemurnian bahasanya, serta syair-syair mereka. Hasilnya, sekembalinya dari sana beliau telah berhasil menguasai kefasihan mereka dan menghafal seluruh syair mereka, serta mengetahui nasab orang-orang Arab, suatu hal yang kemudian banyak dipuji oleh ahli-ahli bahasa Arab yang pernah berjumpa dengannya dan yang hidup sesudahnya. Namun, takdir Allah telah menentukan jalan lain baginya. Setelah mendapatkan nasehat dari dua orang ulama, yaitu Muslim bin Khalid az-Zanji -mufti kota Mekkah-, dan al-Husain bin ‘Ali bin Yazid agar mendalami ilmu fqih, maka beliau pun tersentuh untuk mendalaminya dan mulailah beliau melakukan pengembaraannya mencari ilmu.

Beliau mengawalinya dengan menimbanya dari ulama-ulama kotanya, Mekkah, seperti Muslim bin Khalid, Dawud bin Abdurrahman al-‘Athar, Muhammad bin Ali bin Syafi’ –yang masih terhitung paman jauhnya-, Sufyan bin ‘Uyainah –ahli hadits Mekkah-, Abdurrahman bin Abu Bakar al-Maliki, Sa’id bin Salim, Fudhail bin ‘Iyadh, dan lain-lain. Di Mekkah ini, beliau mempelajari ilmu fiqih, hadits, lughoh, dan Muwaththa’ Imam Malik. Di samping itu beliau juga mempelajari keterampilan memanah dan menunggang kuda sampai menjadi mahir sebagai realisasi pemahamannya terhadap ayat 60 surat Al-Anfal. Bahkan dikatakan bahwa dari 10 panah yang dilepasnya, 9 di antaranya pasti mengena sasaran.

Setelah mendapat izin dari para syaikh-nya untuk berfatwa, timbul keinginannya untuk mengembara ke Madinah, Dar as-Sunnah, untuk mengambil ilmu dari para ulamanya. Terlebih lagi di sana ada Imam Malik bin Anas, penyusun al-Muwaththa’. Maka berangkatlah beliau ke sana menemui sang Imam. Di hadapan Imam Malik, beliau membaca al-Muwaththa’ yang telah dihafalnya di Mekkah, dan hafalannya itu membuat Imam Malik kagum kepadanya. Beliau menjalani mulazamah (berguru) kepada Imam Malik demi mengambil ilmu darinya sampai sang Imam wafat pada tahun 179. Di samping Imam Malik, beliau juga mengambil ilmu dari ulama Madinah lainnya seperti Ibrahim bin Abu Yahya, ‘Abdul ‘Aziz ad-Darawardi, Athaf bin Khalid, Isma‘il bin Ja‘far, Ibrahim bin Sa‘d dan masih banyak lagi.

Setelah kembali ke Mekkah, beliau kemudian melanjutkan mencari ilmu ke Yaman. Di sana beliau mengambil ilmu dari Mutharrif bin Mazin dan Hisyam bin Yusuf al-Qadhi, serta yang lain. Namun, berawal dari Yaman inilah beliau mendapat cobaan –satu hal yang selalu dihadapi oleh para ulama, sebelum maupun sesudah beliau-. Di Yaman, nama beliau menjadi tenar karena sejumlah kegiatan dan kegigihannya menegakkan keadilan, dan ketenangannya itu sampai juga ke telinga penduduk Mekkah. Lalu, orang-orang yang tidak senang kepadanya akibat kegiatannya tadi mengadukannya kepada Khalifah Harun ar-Rasyid, Mereka menuduhnya hendak mengobarkan pemberontakan bersama orang-orang dari kalangan Alawiyah.

Sebagaimana dalam sejarah, Imam Syafi‘i hidup pada masa-masa awal pemerintahan Bani ‘Abbasiyah yang berhasil merebut kekuasaan dari Bani Umayyah. Pada masa itu, setiap khalifah dari Bani ‘Abbasiyah hampir selalu menghadapi pemberontakan orang-orang dari kalangan ‘Alawiyah. Kenyataan ini membuat mereka bersikap sangat kejam dalam memadamkan pemberontakan orang-orang ‘Alawiyah yang sebenarnya masih saudara mereka sebagai sesama Bani Hasyim. Dan hal itu menggoreskan rasa sedih yang mendalam pada kaum muslimin secara umum dan pada diri Imam Syafi‘i secara khusus. Dia melihat orang-orang dari Ahlu Bait Nabi menghadapi musibah yang tegas dari penguasa. Maka berbeza dengan sikap ahli fqih selainnya, beliau pun menampakkan secara terang-terangan rasa cintanya kepada mereka tanpa rasa takut sedikitpun, suatu sikap yang saat itu akan membuat pemiliknya merasakan kehidupan yang sangat sulit.

Sikapnya itu membuatnya dituduh sebagai orang yang bersikap tasyayyu‘ (sikap ahli syiah), padahal sikapnya sama sekali berbeda dengan tasysyu’ model orang-orang syi‘ah. Bahkan Imam Syafi‘i menolak keras sikap tasysyu’ model mereka itu yang meyakini keimaman Abu Bakar, Umar, serta ‘Utsman , dan hanya meyakini keimaman Ali, serta meyakini kemaksuman para imam mereka. Sedangkan kecintaan beliau kepada Ahlu Bait adalah kecintaan yang didasari oleh perintah-perintah yang terdapat dalam Alquran maupun hadits-hadits shahih. Dan kecintaan beliau itu ternyata tidaklah lantas membuatnya dianggap oleh orang-orang syiah sebagai ahli fqih madzhab mereka.

Tuduhan dusta yang diarahkan kepadanya bahwa dia hendak mengobarkan pemberontakan, membuatnya ditangkap, lalu dihantar ke Baghdad dalam keadaan dibelenggu dengan rantai bersama sejumlah orang-orang ‘Alawiyah. Beliau bersama orang-orang ‘Alawiyah itu dihadapkan ke hadapan Khalifah Harun ar-Rasyid. Khalifah menyuruh bawahannya menyiapkan pedang dan hamparan kulit. Setelah memeriksa mereka seorang demi seorang, ia menyuruh pegawainya memenggal kepala mereka. Ketika sampai pada gilirannya, Imam Syafi‘i berusaha memberikan penjelasan kepada Khalifah. Dengan kecerdasan dan ketenangannya serta pembelaan dari Muhammad bin al-Hasan -ahli fiqh Irak-, beliau berhasil meyakinkan Khalifah tentang ketidakbenaran apa yang dituduhkan kepadanya. Akhirnya beliau meninggalkan majelis Harun ar-Rasyid dalam keadaan bersih dari tuduhan bersekongkol dengan ‘Alawiyah dan mendapatkan kesempatan untuk tinggal di Baghdad.

Di Baghdad, beliau kembali pada kegiatan asalnya, mencari ilmu. Beliau meneliti dan mendalami madzhab Ahlu Ra’yu (ahli pemikir/ilmuan). Untuk itu beliau berguru dengan mulazamah kepada Muhammad bin al-Hassan. Selain itu, kepada Isma‘il bin ‘Ulayyah dan Abdul Wahhab ats-Tsaqafiy dan lain-lain. Setelah meraih ilmu dari para ulama Irak itu, beliau kembali ke Mekkah pada saat namanya mulai dikenal. Maka mulailah ia mengajar di tempat dahulu ia belajar. Ketika musim haji tiba, ribuan jamaah haji berdatangan ke Mekkah. Mereka yang telah mendengar nama beliau dan ilmunya yang mengagumkan, bersemangat mengikuti pengajarannya sampai akhirnya nama beliau makin dikenal luas. Salah satu di antara mereka adalah Imam Ahmad bin Hanbal.

Ketika kamasyhurannya sampai ke kota Baghdad, Imam Abdurrahman bin Mahdi mengirim surat kepada Imam Syafi‘i memintanya untuk menulis sebuah kitab yang berisi khabar-khabar yang maqbul (diterima), penjelasan tentang nasikh dan mansukh (ayat yang membatal/menggantikan hukum terdahulu) dari ayat-ayat Alquran dan lain-lain. Maka beliau pun menulis kitabnya yang terkenal, Ar-Risalah.

Setelah lebih dari 9 tahun mengajar di Mekkah, beliau kembali melakukan perjalanan ke Iraq untuk kedua kalinya dalam rangka menolong madzhab Ash-habul Hadits di sana. Beliau mendapat sambutan meriah di Baghdad karena para ulama besar di sana telah menyebut-nyebut namanya. Dengan kedatangannya, kelompok Ash-habul Hadits merasa mendapat angin segar karena sebelumnya mereka merasa didominasi oleh Ahlu Ra’yi. Sampai-sampai dikatakan bahwa ketika beliau datang ke Baghdad, di Masjid Jami ‘ al-Gharbi terdapat sekitar 20 halaqah Ahlu Ra ‘yu (ahli pemikir/ilmuan). Tetapi ketika hari Jumat tiba, yang tersisa hanya 2 atau 3 halaqah saja.

Beliau menetap di Irak selama dua tahun, kemudian pada tahun 197 beliau balik ke Mekkah. Di sana beliau mulai menyebar madzhabnya sendiri. Maka datanglah para penuntut ilmu kepadanya meneguk dari lautan ilmunya. Tetapi beliau hanya berada setahun di Mekkah.

Tahun 198, beliau berangkat lagi ke Iraq. Namun, beliau hanya beberapa bulan saja di sana karena telah terjadi perubahan politik. Khalifah al-Makmun telah dikuasai oleh para ulama ahli kalam, dan terjebak dalam pembahasan-pembahasan tentang ilmu kalam. Sementara Imam Syafi‘i adalah orang yang paham betul tentang ilmu kalam (ilmu logik berkaitan ketuhanan). Beliau tahu bagaimana pertentangan ilmu ini dengan manhaj as-salaf ash-shaleh –yang selama ini dipegangnya- di dalam memahami masalah-masalah syariat. Hal itu karena orang-orang ahli kalam menjadikan akal sebagai patokan utama dalam menghadapi setiap masalah, menjadikannya rujukan dalam memahami syariat padahal mereka tahu bahwa akal juga memiliki keterbatasan-keterbatasan. Beliau tahu betul kebencian meraka kepada ulama ahlu hadits. Karena itulah beliau menolak madzhab mereka.

Dan begitulah kenyataannya. Provokasi mereka membuat Khalifah mendatangkan banyak musibah kepada para ulama ahlu hadits. Salah satunya adalah yang dikenal sebagai Yaumul Mihnah, ketika dia mengumpulkan para ulama untuk menguji dan memaksa mereka menerima paham Alquran itu makhluk. Akibatnya, banyak ulama yang masuk penjara, bila tidak dibunuh. Salah satu di antaranya adalah Imam Ahmad bin Hanbal. Karena perubahan itulah, Imam Syafi‘i kemudian memutuskan pergi ke Mesir. Sebenarnya hati kecilnya menolak pergi ke sana, tetapi akhirnya ia menyerahkan dirinya kepada kehendak Allah. Di Mesir, beliau mendapat sambutan masyarakatnya. Di sana beliau berdakwah, menebar ilmunya, dan menulis sejumlah kitab, termasuk merevisi kitabnya ar-Risalah, sampai akhirnya beliau menemui akhir kehidupannya di sana.

Keteguhannya Membela Sunnah

Sebagai seorang yang mengikuti manhaj Ash-habul Hadits, beliau dalam menetapkan suatu masalah terutama masalah aqidah selalu menjadikan Alquran dan Sunnah Nabi sebagai landasan dan sumber hukumnya. Beliau selalu menyebutkan dalil-dalil dari keduanya dan menjadikannya hujjah dalam menghadapi penentangnya, terutama dari kalangan ahli kalam. Beliau berkata, “Jika kalian telah mendapatkan Sunnah Nabi, maka ikutilah dan janganlah kalian berpaling mengambil pendapat yang lain.” Karena komitmennya mengikuti sunnah dan membelanya itu, beliau mendapat gelar Nashir as-Sunnah wa al-Hadits.

Terdapat banyak atsar (kata-kata sahabat) tentang ketidaksukaan beliau kepada Ahli Ilmu Kalam, mengingat perbedaan manhaj beliau dengan mereka. Beliau berkata, “Setiap orang yang berbicara (mutakallim) dengan bersumber dari Alquran dan sunnah, maka ucapannya adalah benar, tetapi jika dari selain keduanya, maka ucapannya hanyalah igauan belaka.” Imam Ahmad berkata, “Bagi Syafi‘i jika telah yakin dengan keshahihan sebuah hadits, maka dia akan menyampaikannya. Dan prilaku yang terbaik adalah dia tidak tertarik sama sekali dengan ilmu kalam, dan lebih tertarik kepada fiqih.” Imam Syafi ‘i berkata, “Tidak ada yang lebih aku benci daripada ilmu kalam dan ahlinya” Al-Mazani berkata, “Merupakan madzhab Imam Syafi‘i membenci kesibukan dalam ilmu kalam. Beliau melarang kami sibuk dalam ilmu kalam.”

Ketidaksukaan beliau sampai pada tingkat memberi fatwa bahwa hukum bagi ahli ilmu kalam adalah dipukul dengan pelepah kurma, lalu dinaikkan ke atas punggung unta dan digiring berkeliling di antara kabilah-kabilah dengan mengumumkan bahwa itu adalah hukuman bagi orang yang meninggalkan Alquran dan Sunnah dan memilih ilmu kalam.

Wafatnya

Karena kesibukannya berdakwah dan menebar ilmu, beliau menderita penyakit bawasir yang selalu mengeluarkan darah. Makin lama penyakitnya itu bertambah parah hingga akhirnya beliau wafat karenanya. Beliau wafat pada malam Jumat setelah shalat Isya’ hari terakhir bulan Rajab permulaan tahun 204 dalam usia 54 tahun. Semoga Allah memberikan kepadanya rahmat-Nya yang luas.

Ar-Rabi menyampaikan bahwa dia bermimpi melihat Imam Syafi‘i, sesudah wafatnya. Dia berkata kepada beliau, “Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu, wahai Abu Abdillah ?” Beliau menjawab, “Allah mendudukkan aku di atas sebuah kursi emas dan menaburkan pada diriku mutiara-mutiara yang halus”

Karangan-Karangan dan Karyanya

Sekalipun beliau hanya hidup selama setengah abad dan kesibukannya melakukan perjalanan jauh untuk mencari ilmu, hal itu tidaklah menghalanginya untuk menulis banyak kitab. Jumlahnya menurut Ibnu Zulaq mencapai 200 bagian, sedangkan menurut al-Marwaziy mencapai 113 kitab tentang tafsir, fiqih, adab dan lain-lain. Yaqut al-Hamawi mengatakan jumlahnya mencapai 174 kitab yang judul-judulnya disebutkan oleh Ibnu an-Nadim dalam al-Fahrasat. Yang paling terkenal di antara kitab-kitabnya adalah al-Umm, yang terdiri dari 4 jilid berisi 128 masalah, dan ar-Risalah al-Jadidah (yang telah direvisinya) mengenai Alquran dan As-Sunnah serta kedudukannya dalam syariat.

Sumber:

1. Al-Umm, bagian muqoddimah hal 3-33.

2. Siyar A‘lam an-Nubala’

3. Manhaj Aqidah Imam asy-Syafi‘, terjemah kitab Manhaj al-Imam Asy-Syafi ‘i fi Itsbat al-‘Aqidah karya DR. Muhammad AW al-Aql terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi‘i, Cirebon.
4.
http://addienblog.blogspot.com/

Sunday, April 22, 2012

Tatacara Mengakses Maklumat


DALAM zaman siber, maklumat boleh diakses di hujung jari tanpa sempadan melalui kemudahan Internet. Walaupun kemudahan ini memanfaatkan kita semua tetapi ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Sebaliknya kita harus mempunyai tatacara yang mampu mengawal tindakan seseorang dan seterusnya melindungi harta intelek penulisnya.
Sebagai seorang murid, ilmu dan pengetahuan yang terkini amat diperlukan dan kemudahan Internet ini penting untuk mengakses maklumat sama ada di rumah, di sekolah atau di kafe siber.
Maklumat yang diterima memuat banyak fakta yang mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Walau bagaimanapun proses ini tidak memberi makna kepada pelajar jika amalan ”potong dan tampal” diamalkan tanpa melalui proses penganalisisan yang melibatkan penjanaan minda seseorang murid.
Oleh yang demikian dalam proses mengakses maklumat perkara berikut harus diambil perhatian agar ia dapat memberi nilai tambah kepada murid-murid.
• Mengenal pasti fakta utama
Apabila seseorang murid menemui maklumat yang berkaitan dengan bahan yang dicari maka mereka harus mencari fakta-fakta serta huraian ringkas mengenainya yang sesuai dengan kehendak soalan tugasan yang diberi.
Rujukan tidaklah terhad pada satu laman sesawang sahaja tetapi beberapa laman sesawang yang mempunyai kaitan dengan tajuk. Fakta-fakta ini boleh disalin semula atau menggunakan teknik salin dan tampal di satu dokumen yang baru.
• Menganalisis contoh dan hurian:
Contoh dan huraian yang diberikan harus difahami dan dianalisis. Anda tidak sepatutnya menyalin bulat-bulat yang yang terdapat dalam paparan tersebut tetapi hanya menggunakan beberapa istilah dan kata-kata yang menggambarkan huraian pengertian maksud.
Untuk memperjelaskannya lagi anda harus menggunakan ayat dan penerangan sendiri. Contoh-contoh yang tidak sesuai dengan situasi di negara kita haruslah dielakkan tetapi disebaliknya anda harus mencari dan memaparkan contoh-contoh yang bersesuaian dengan keadaan negara kita.
• Petikan pendapat atau kata-kata:
Anda mungkin ingin memetik beberapa ayat atau kata-kata yang terdapat dalam lama sesawang tersebut. Hal ini boleh dilakukan dengan syarat anda harus meletakkan nama dan sumber petikan tersebut tanpa mengakui petikan tersebut ialah hasil daripada buah fikiran anda sendiri.
• Imej atau gambar grafik:
Anda juga dibenarkan menyalin dan menggunakan imej atau gambar grafik yang terdapat dalam sesuatu laman sesewang asalkan ianya bukan bertujuan komersial. Walau bagaimanapun terdapat syarat-syarat kebenaran menggunakannya.
Sila layari http://www.kpdnkk.gov.my atau mana-mana laman sesawang yang lain yang berkaitan dengan kelayakan menggunakan bahan hak cipta untuk mendapat huraian lengkap.
Walaupun perkembangan teknologi maklumat ini memberi kemudahan yang luas dalam mengakses maklumat tetapi janganlah sampai menyalahgunakannya sehinggalah kita hanya berfungsi sebagai penerima maklumat sahaja. Sebaiknya kita juga harus mempunyai peranan sebagai pencipta yang kreatif dan inovatif.

Petua Mengatasi Rasa Mengantuk Selepas Makan


Jam baru menunjukkan 2 petang, tetapi mata anda terasa berat. Berair mata menahan rasa mengantuk, apa yang dibaca seolah-olah melayang dan tiada satu pun masuk ke fikiran. Gula-gula yang dikemam sudah cair semuanya, tetapi rasa mengantuk tetap tidak hilang.

Boleh dikatakan semua orang pernah mengalami perkara ini — mengantuk selepas makan tengah hari. Di mana silapnya kerana setiap pagi kita datang ke tempat kerja dalam keadaan segar dan cergas.

Perkara ini sebenarnya ada kaitan dengan jam biologi badan yang secara semula jadi membuatkan kebanyakan orang mengantuk selepas makan tengah hari, khususnya sekitar jam 2 hingga 3 petang.

Penyelidik juga percaya perkara ini berkaitan dengan penurunan suhu badan yang memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan melatonin — proses sama seperti sebelum kita tidur malam, tetapi dalam kuantiti kecil.

Bagaimanapun, jangan salahkan jam atau proses semula jadi badan kerana banyak faktor luaran boleh menyebabkan kita mengantuk selepas makan tengah hari. Antaranya ialah tabiat pemakanan yang banyak memberi kesan kepada badan.

Berapa ramai antara kita bersarapan dengan sempurna? Ingat, secawan kopi atau teh tidak dikira sarapan, walaupun bagi sesetengah orang kopi menjadi penggerak aktiviti harian mereka, tetapi tenaga daripada kopi tidak mencukupi untuk anda kekal cergas.

Jurucakap Persatuan Dietetik Amerika dan pensyarah Nutrisi Pusat Perubatan Universiti Southwestern Texas, Lona Sandon, berkata walaupun tahu kepentingan sarapan, ramai orang tidak mendapat tenaga secukupnya daripada sarapan.

Untuk kecergasan dan mengelak rasa mengantuk, kita perlu memulakan hari dengan sarapan yang baik. Wanita disaran mengambil sarapan yang ada 300 hingga 400 kalori, manakala lelaki 500 kalori.

Contohnya, dua keping roti disapu mentega kacang dan sebiji pisang atau satu mangkuk kecil bijirin sarapan pagi dengan susu skim dan segelas jus buah.

Nasi lemak biasa bersaiz kecil (tidak diiringi lauk pauk mewah), sekeping roti canai (300 kalori) dengan sedikit kuah kari atau dal, setengah pinggan bihun goreng vegetarian (250 hingga 200 kalori) atau jika mahu, kuih muih hadkan kepada dua atau tiga keping saja.

Ramai orang ada salah faham terhadap karbohidrat yang dianggap boleh menggemukkan, sedangkan menurut Sandon kita memerlukannya untuk tenaga.

Malah, kehadiran karbohidrat membolehkan otak dan otot berfungsi dengan cekap, selain ia menjadi agen pemecah lemak ketika bersenam.

Kajian menunjukkan, menambah sedikit sumber protein kepada karbohidrat boleh meningkatkan daya tumpuan. Gabungan protein dan karbohidrat membolehkan kita berfungsi dengan lebih baik daripada segi fizikal dan mental.

Sebaik-baiknya, elak mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak kerana lemak mengambil masa lebih panjang untuk dicerna dan ia tinggal lama di dalam perut, menyebabkan kita terasa ‘berat’ serta tidak bertenaga.

Untuk tengah hari, antara petua berguna diberi pakar jantung ialah membahagikan pinggan kepada empat bahagian untuk diisi nasi, ikan (sesekali boleh digantikan dengan ayam atau daging), sayur dan buah.

Kaedah ini secara tidak langsung menjadi penanda kuantiti yang boleh diambil untuk setiap sumber makanan. Ini cara mudah untuk anda mengawal pengambilan makanan, terutama bagi yang ada masalah berat badan berlebihan.

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi rasa mengantuk selepas makan iaitu:

1. Banyakkan bergerak. Rasa mengantuk sukar dihindarkan apabila terlalu lama duduk di depan komputer, apatah lagi jika perut kenyang. Jalan cepat atau lebih baik, menaiki tangga (dua ke tiga tingkat) sehingga terasa degupan jantung menjadi pantas.

Senaman ringkas ini memberi tenaga kepada anda dan ia disimpan dalam memori badan sebagai aktiviti cergas yang boleh disambung selepas balik daripada kerja. Jika tidak pun, lakukan senaman regangan di pejabat.

2. Minum air kosong. Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

3. Tidur sekejap selama 10 hingga 15 minit. Kajian menunjukkan tidur sekejap bukan saja boleh mengatasi masalah mengantuk pada waktu petang, tetapi membuat kita segar dan mampu memberi tumpuan lebih baik ketika melakukan kerja.

4. Makan sedikit, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau malam. Usah makan hingga terlalu kenyang, tidak kira berapa sedap pun makanan yang terhidang. Jika anda banyak makan, badan terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk pencernaan. Ini bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus dan bekalan oksigen ke otak akan berkurangan. Ini antara punca menyebabkan anda berasa lemah dan mengantuk.

Makan sedikit tetapi kerap. Kaedah ini membekalkan badan dengan tenaga dan membantu usus berfungsi dengan lebih baik kerana tidak perlu bekerja keras mencerna kuantiti makanan yang banyak pada satu-satu masa.

5. Pilih sumber makanan berbeza. Bawa snek seperti biskut kraker yang rendah lemak. Biasanya biskut kraker mengandungi karbohidrat yang mudah diproses untuk memberi tenaga segera. Buah-buahan juga baik untuk dijadikan snek penghilang rasa mengantuk.

6. Jangan makan gula-gula atau minum minuman manis, termasuk kopi. Ia tidak membantu menghilangkan rasa mengantuk, malah mungkin membuat masalah anda bertambah teruk. Kajian penyelidik di Universiti Manchester menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan isyarat yang membuatkan kita berjaga.


Sumber: http://ukirancinta.blogspot.com/2011/02/petua-mengatasi-rasa-mengantuk-selepas.html#ixzz1qIzeDWl9

Nabi Sebagai Contoh Kepimpinan

Allah berfirman, maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab ayat 21).

Sebagaimana yang kita yakin, Nabi Muhammad adalah pembawa agama Islam. Baginda mengajar kita segala ajaran agama. Nabi meminta kita sebagai umatnya agar terus berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Al-Quran pula diturunkan kepada Nabi dan baginda menyampaikan kepada kita semua kandungan Al-Quran sebagai panduan untyuk semua umat manusia. Namun sekarang Nabi telah meninggalkan kita sudah lebih 1400 tahun. Sekarang yang ada adalah sunnahnya. Justeru Nabi tinggalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah.

Selain itu Nabi juga meninggalkan keturunannya serta orang-orang yang beriman. Apa yang penting, Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah menjadi ikutan bagi memastikan kita termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman.

Justeru Al-Quran adalah petunjuk dan panduan bagi menjamin hidup kita semua tidak terkeluar daripada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Sementara As-Sunnah pula adalah apa yang dicontohkan oleh Nabi untuk kita semua ikuti. Kerana Nabi merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman.

Atas nilai mencontohi kepimpinan Nabi itu, maka setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi contoh. Malah, paling baik apabila seorang pemimpin itu sendiri berani berkata, aku ni mencontohi Nabi Muhammad SAW.

Lebib-lebih lagi bagi pemimpin dan perjuang Islam, kita kena mengaku bahawa contoh kepimpinan kita ialah Nabi Muhammad SAW. Justeru atas sebab mencontohi Nabi, kita hendaklah melengkap diri dengan ilmu-ilmu Islam dan mengamalkan ilmu itu, agar kita menjadi pemimpin yang berilmu dan berakhlak serupa dengan kealiman dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin ummah.

Semoga sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1433 Hijriah ini bakal merahmatkan kita semua, di samping mendapat keberkatan Allah SWT jua di sepanjang masa. Mudah-mudahan di akhirat nanti kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan keredahaan Allah SWT.

Teman Navigasi


pix_gal0
Dimensi Unit, WxHxD: 14.0x8.6x1.8 cm
Saiz paparan, WxH: 11.1x6.3 cm
Resolusi paparan, WxH: 480x272 piksel
Jenis paparan: WQVGA TFTBerat: 177.2 gramBateri: lithium-ion boleh caj semula
Jangka hayat bateri: sehingga dua jam
Memori: Memori dalaman padu
Kad data: microSD
Panduan laluan/kegemaran/lokasi: 1,000
Bantuan suara: Ada (speaker dalaman)
Tambahan: Peralatan storan USB dengan Windows XP atau yang terbaru dan Mac OS X 10/4 atau lebih awal
Harga: RM565 
JIKA anda selalu sesat ketika memandu dan sedang mencari sistem pengemudi satelit, Garmin Nuvi 50LM memang sesuai digunakan. Jenama Garmin semakin popular di banyak negara termasuk Malaysia dan mudah dipasang terus pada kereta.

Nuvi 50LM adalah produk terbaru yang berada di pasaran ketika ini dan pada harga yang sangat berpatutan. Pakej standard didatangkan lengkap dengan pemegang dan pelekap cermin serta pengecas dalam kereta dan buku panduan.

Pemilik peranti ini tidak perlu bimbang kerana peta paling terkini Malaysia, Singapura dan Brunei sudah tersedia.

Ciri-ciri utama Nuvi 50LM ialah maklumat terkini mengenai jalan raya dan tempat menarik, paparan sesentuh laluan di skrin bersaiz 12.7 sentimeter, pencarian alamat, suara nama jalan, makluman lorong yang perlu diambil sebelum tiba di persimpangan dan amaran kelajuan.

Peranti ini memaparkan lorong dengan paparan panduan simpang bagi memastikan anda membelok dengan betul apabila menghampiri persimpangan dan mudah meneruskan perjalanan.

Ia memaparkan tanda jalan dan simpang dengan anak panah supaya anda mengambil lorong yang betul.

Dengan kemas kini peta seumur hidup, anda tidak akan lagi dikejutkan dengan laluan atau aliran trafik baru atau terlepas tempat menarik baru.

Walaupun baru penggunakan sistem pengemudi satelit, anda tidak akan menghadapi masalah apabila Nuvi 50LM akan menyapa anda dengan 'Where To?' atau 'View Map.'

Selepas itu, sentuh skrin untuk mencari alamat dengan mudah dan perkhidmatan serta diberikan panduan ke destinasi anda dengan suara, arahan membelok bersama nama jalan.

Dengan pengesan kecemasan 'Where Am I?',pengguna sentiasa tahu di mana lokasi semasa dan tempat menarik berhampiran.

Jika berminat, hubungi Aeco Technologies (M) Sdn Bhd di talian 03-92858062.

Variasi baru telefon pintar

HTC melancarkan siri telefon pintar terkini, HTC One yang dilengkapi kamera berprestasi tinggi, teknologi audio khas serta aplikasi hubungan media definisi tinggi (HD).

Pengurus HTC Malaysia, SK Wong, berkata pelancaran siri telefon pintar baru itu akan membolehkan HTC meningkatkan penguasaan pasaran bagi segmen telefon pintar tahap sederhana dan tinggi.

“Kini, tiada telefon pintar dalam pasaran yang menawarkan teknologi pemproses quad core 1.5Ghz Super 4-Plus-1 bersama teknologi kamera canggih serta audio menarik Dr Dre Audio.

“Justeru, kami yakin mampu meraih pertumbuhan jualan yang besar kerana tiada persaingan bagi segmen telefon pintar secanggih HTC One,” katanya kepada media selepas pelancaran siri telefon berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Syarikat itu menyasar untuk mencatatkan pertumbuhan dua angka unit jualan telefon pintarnya di Malaysia dengan pelancaran dua model iaitu HTC One X dan HTC One V.

Siri telefon pintar itu sudah boleh didapati di kedai-kedai telefon pintar utama mulai semalam yang mana HTC One X ditawarkan pada harga RM2,099 seunit manakala HTC One V pula RM999 seunit.

Semua model HTC One menawarkan teknologi kamera lensa f2.0 yang hanya memerlukan masa 0.7 saat untuk digunakan dan 0.2 saat bagi menangkap gambar seterusnya yang mana HTC One X didatangkan dengan saiz gambar 8.0 megapixels manakala HTC One V pula 5.0 megapixels.

Selain itu, kedua-dua model itu juga dilengkapi teknologi Beats Audio iaitu teknologi aturan audio yang dibangunkan oleh Dr Dre, seorang artis yang mereka pembesar suara dengan pengalaman audio maksimum.

Model HTC One X dilengkapi paparan sesentuh 4.7 inci, 720p HD yang kuat, nipis dan tidak bercalar daripada Corning, Gorilla Glass. 

Teknologi paparannya pula menggunakan pemproses mudah alih, NVIDIA Tegra 3 yang lebih jelas, aplikasi lebih pantas dan jangka hayat bateri lebih panjang.

Manakala HTC One V pula menawarkan rekaan ringkas dengan badan berkualiti yang diperbuat daripada aluminium. Ia didatangkan dengan pemproses Android 4.0 dan perisian internet, HTC Sense yang ringkas dan intuitif bagi meningkatkan kemudahan melayari internet.

HTC One V didatangkan dengan warna putih, Polar White dan kelabu, Glamour Grey manakala HTC One V pula didatangkan dengan warna coklat, Jupiter Rock.

Webcam dengan wide angle

LOGITECH meluncurkan Logitech BCC950 ConferenceCam. Sesuai dengan namanya, Webcam ini boleh digunakan pada persidangan atau mesyuarat. 

Logitech BCC950 ConferenceCam didatangkan dengan lensa wide yang memiliki sudut penglihatan (viewing angle) yang boleh mencapai 78 darjah. 

Bahagian kepala lensa boleh berputar ke kanan dan kiri sejauh 180 darjah serta fungsi tilt 55 darjah.

Webcam ini juga memiliki integrasi dengan speaker built-in omni-directional dan microphone dengan kualiti terbaik sehingga suara lebih terang, malah boleh didengari sejauh 2.4 meter. 

Di bahagian docking ada beberapa butang yang sama pada remote control.

Logitech BCC950 ConferenceCam juga disediakan dengan sebuah remote yang membolehkan anda mengawal posisi webcam ke kanan atau kiri serta atas atau bawah selain dilengkapi butang mute, zoom dan tukaran saiz gambar.


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Temannavigasi/Article/index