Sunday, April 8, 2012

Salam Perkenalan


Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat teman - teman sekalian. 

Ini merupakan catatan pertama yang ku tulis di blog ini. Pertama nya, izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu.Nama penuh  seperti yang tercatat di dalam kad pengenalan ialah Mohd Izzuan Bin Mohamad. Dilahirkan pada 18 Februari 1981(31 tahun dah umur aku ye) di sebuah pekan bernama Tanjung Piandang, Perak Darul Ridzuan. Saya merupakan anak ke lapan dari lapan adik-beradik(a.k.a bongsu).Mempunyai 5 orang kakak dan 2 orang abang.  Dibesarkan di kampung halaman ibubapa iaitu di Kuang,Selangor Darul Ehsan.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuang dan seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima, Sabak Bernam. Berjaya melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Kolej Universiti Tun Hussien Onn (kini UTHM).. malangnya,tidak berjaya menamatkan pengajian..(banyak main). Kegagalan ini telah menyedarkan saya. Kemudian nya, saya melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Kolej Profesional Mara, Beranang. Alhamdulillah, saya berjaya juga akhirnya.
Memulakan alam pekerjaan di Quest Computerised Accounting System sebagai pembantu akaun selama hampir 2 tahun. Pada 1 Mei 2006,saya ditawarkan pekerjaan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sebagai penolong pegawai. Disinilah saya ingin membina kerjaya saya.

Pada 25 Oktober 2007,saya berjaya mendirikan rumah tangga dengan Kartika Noora Binti Halifi (LHDN menemukan kami). Setahun kemudian, puteri pertama kami dilahirkan. Nur Aliah Umairah nama puteri kami. Itulah serba sedikit tentang diri saya.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca "Kisah Aku".....

1 comment: