TIP 1 : BERAPA BAJET ANDA?
Hahaha… ni semua orang tau kan?.. sebab tu saya letak di tempat pertama sebab anda akan nampak perkara ni setiap kali anda tengok iklan.. tengok rumah.. telefon ejen… telefon penjual dan sebelum anda buat perkara-perkara lain untuk membeli rumah. OK? So sekarang set bajet anda.. terpulang pada anda… saya tak tau berapa bajet anda.. rumah apa anda nak… lokasi mana.. Kalau RM400K.. set itu sebagai MAX LIMIT.. Sudah? Kalau dah.. next.
TIP 2 : BERAPA KEMAMPUAN ANDA?
Aikksss… tadi dah tanya bajet… ni tanya kemampuan lak? Tak ke sama? Sama… tapi tak serupa! Sebabnya ada orang letak bajet tinggi2 tapi tak kena dengan kemampuan. Kalau dah income sebulan RM3,000 tak payah letak bajet tu nak beli rumah sampai RM400,000 sebab silap2 tak cukup nak beli susu dgn pampers anak je. So biarlah berpada-pada. Rules of thumb -bayaran bulanan rumah anda nanti adalah disekitar 1/3 (33%) daripada jumlah pendapatan isirumah anda (suami & isteri termasuklah kalau ada FIXED side income)… Ni anggaran je.. kalau nak lebih sikit sampai 40% still ok sebab rumah ni adalah investment. Kalau boleh kurang dari 1/3 tu lebih bagus. OK dah?.. Camni la.. kalau total income anda dan suami/isteri adalah RM10,000 sebulan maka bajet bulanan anda adalah disekitar RM3,300 – RM3,500 max. Lebih elok dalam RM3,000 atau kurang. Bagaimanapun ini seharusnya bergantung kepada komitmen bulanan anda terhadap perkara lain seperti kereta dsbnya. So berapa harga rumah dan Bajet ni?? Anda boleh check di Mortgage Calculator…
TIP 3 : BUAT PILIHAN JENIS RUMAH IMPIAN ANDA
Ini seharusnya cepat dan ringkas. Ada sebahagian pendapat menyuruh anda menetapkan lokasi terlebih dahulu, tetapi saya lebih prefer supaya anda membuat keputusan rumah apakah yang anda ingin beli berdasarkan bajet dan kemampuan yang telah anda tetapkan di atas. Selepas itu barulah anda membuat keputusan lokasi supaya proses ini menjadi lebih cepat dan tepat.Pada peringkat ini anda boleh membuat keputusan seperti ingin membeli rumah ‘landed’ (seperti teres, semi-d dsb) atau membeli strata/bertingkat seperti kondominium/apartment/townhouse sesuai mengikut keperluan anda. Keperluan anda bolehlah dirujuk kepada beramai di dalam keluarga anda atau macamanapun anda tetap mahukan rumah bawah (‘landed’) dan tidak mahu rumah bertingkat. Terpulang kepada anda. Setelah anda membuat keputusan, barulah anda memilik lokasi yang sesuai dengan rumah yang anda inginkan dan bajet serta kemampuan anda.
TIP 4 : PILIH LOKASI
Aikkss.. camne ni?? orang kata dalam property kena pilih lokasi…lokasi… lokasi.. ni dah jatuh no 4 pulak.. tak kisah la kan.. itu orang yang berduit kata.. sekarang ni saya nak bagi tip yang semua orang boleh gunakan. Maksudnya kalau ongkosnya kurang..aka tak mampu jangan lak nak pilih lokasi yang anda tahu harganya memang mahal dan anda pun tak mampu atau kena puasa tiap-tiap hari sebab nak beli rumah kat situ. Sebab tu anda kena tahu berapa kemampuan anda. Macam manapun memang lah lokasi tetap penting… so berdasarkan keputusan yang anda dah buat di atas.. baru kita pilih lokasi yang terbaik. Anda dah tahu rumah apa dan berapa bajet anda… so… apa lagi??.. pergi la cari! hehehe… sorry eh.. gurau je… jangan marah.. So kat mana nak cari? paling simple dan cepat gunakan Pakcik ‘Google’.. taip “HOUSE FOR SALE WANGSA MAJU” sebagai contoh. Banyak la result yang akan keluar. Bercakap mengenai lokasi ni… anda perlulah buat keputusan berdasarkan perkara seperti.. Berapa jauh dari tempat kerja anda dan/atau pasangan anda. Anda pastinya kalau boleh tak mahu ulang-alik setiap hari 50km ke tempat kerja dan kalau boleh terdapat sekolah atau kemudahan lain di sekitar rumah anda. Perkara-perkara ini anda perlu tentukan dan buat keputusan sendiri. Ini kerana setiap orang mempunyai keperluan berbeza. Cthnya ada yang pergi kerja naik LRT, so nak beli dekat dengan stesen LRT, ada yang nak dekat exit highway supaya pagi-pagi keluar rumah terus masuk highway tak perlu lalu traffic jamm terus ke tempat kerja.. Anda buat keputusan sendiri. Sebaiknya luangkan masa untuk pusing2 di kawasan yang anda berminat sebelum membeli.
TIP 5 : BAYAR DEPOSIT
Beli..beli jugak… tapi duit depositnya dah cukup ke? dah siapkan ke untuk bayar? Kalau anda beli rumah pertama atau kedua anda perlu standby at least 15% (10% deposit, 5% lain-lain). kalau beli rumah ketiga dan seterusnya lagi banyak yang kena standby sebab undang-undang baru hanya benarkan pinjaman max 70% sahaja. Kalau dah cukup dalam simpanan ok lah.. kalau belum cukup dan plan nak keluarkan dari EPF, sila semak terlebih dahulu baki anda kerana jika anda sudah buat komitmen bayar duit pendahuluan dan tidak mahu meneruskan pembelian, kemungkinan besar duit tersebut akan hangus kerana membatalkan pembelian. So perkara ni nampak kecil tapi besar jugak kesannya. So pastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bayaran deposit dan lain-lain ni seperti peguam, penilaian dll.
Tip 6 : Mendapatkan Pinjaman
Rumah dah ada, Deposit dah bayar…. sekarang masanya untuk mendapatkan pinjaman untuk pembelian rumah anda… melainkan jika anda membeli cash. Bercakap mengenai mendapatkan pinjaman ni sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan dan masing-masing ada cara tersendiri. Walau bagaimanapun di sini ingin saya kongsikan cara yang boleh dilakukan oleh anda serta tips yang berkaitan. Pertama.. anda sudah tentunya membuat keputusan berapa margin pinjaman yang anda mahukan… 90%, 80% atau lebih rendah. Ini juga berkaitan dengan berapa simpanan yang anda miliki dan ingin gunakan untuk tujuan pembelian rumah ini. Jika anda mempunyai bajet yang tinggi untuk membayar deposit, itu sangat baik tetapi saya tidak menggalakkan untuk anda bayar terlalu tinggi kerana dalam hartanah duit tersebut sebenarnya boleh anda gunakan untuk membeli tambahan lagi hartanah untuk tujuan pelaburan dan mungkin menambah pembayaran semula rumah ini.
Kedua… tentukan jenis pakej pinjaman yang anda mahukan (sebagai seorang Islam tentunya saya syorkan pinjaman Islamik) tetapi bukan itu sahaja. Anda tentukan sama ada ianya kadar tetap atau berbilang tingkat (multi-tier rate) dan berapa tahun tempoh pinjaman anda. Ketika posting ini ditulis BLR adalah 6.30% dan sesetengah bank memberikan kadar pinjaman serendah BLR -(minus)2%. Cadangan saya, jika anda membeli untuk tempoh jangka masa pendek mungkin ini lebih sesuai tetapi jika pembelian anda untuk jangka panjang… nak tinggal sampai tua contohnya… sila lihat pilihan kadar tetap dengan kadar terendah kerana anda tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang tempoh 20-30 tahun pinjaman anda. Oleh itu dengan bayaran tetap untuk rumah anda, anda boleh merancang kewangan anda dengan lebih baik.
Tip 7 : Memilih Bank
OK.. ni saja saya pisahkan dari Tip 6 di atas kerana saya fikir membuat pilihan bank juga perlukan perhatian khusus. Sebabnya… supaya selepas anda membuat pinjaman nanti taklah susah untuk anda membuat bayaran. Maksud saya di sini kalau boleh biarlah bank tersebut senang anda pergi kalau anda jenis yang buat bayaran terus di bank.. bukan maksud saya anti-foreign bank tapi kalau ini pilihan anda, mungkin anda terpaksa mencari waktu khusus untuk membuat bayaran anda – pada hari bekerja. Yang mana kadang-kadang boleh menjadi masalah besar. Bagi yang guna online banking mungkin takde masalah… hanya pilih mana-mana bank ikut pilihan pakej pinjaman yang anda sukai. Tetapi sebaiknya pilih bank yang mana anda boleh consolidate akaun pinjaman perumahan anda kepada 1 akaun yang sama yang anda sedia ada dengan bank tersebut. Sesetengah bank ada yang menawarkan pakej seperti ini dan dinamakan sebagai akaun pinjaman perumahan fleksibel. Sila semak semasa anda pergi ‘memburu’ pinjaman nanti.
Tip 8 : Memilih Peguam
Ni pun satu masalah juga.. terutamanya orang yang memang tak pernah deal dengan peguam sebelum ni. Jika anda menggunakan khidmat ejen hartanah untuk membeli rumah tersebut biasanya mereka akan mengesyorkan peguam yang boleh anda gunakan. Atau anda juga boleh mendapatkan nasihat bank senarai panel peguam mereka. Tetapi kalau anda sudah memiliki peguam yang anda kenal lebih baik gunakan khidmat mereka. Ataupun sila bertanya dikalangan rakan baik anda atau keluarga anda…. mungkin mereka pernah menggunakan khidmat mana-mana peguam yang mereka PUASHATI dengan khidmat yang diberikan. Saya beri peringatan ni sebab sesetengah peguam akan mengambil masa yang sangat lama untuk proses pembelian anda dan hanya ‘bergerak’ bila anda push mereka. Sebaiknya pilih peguam yang boleh menguruskan kedua-dua dokumen Jual Beli (SPA) dan Perjanjian Pinjaman serentak – ini memerlukan mereka panel kepada bank yang anda pilih supaya kos yuran guaman anda boleh dikurangkan dan menjimatkan masa.
Tip 9 : Cara Berhadapan Dengan Masalah Semasa Membeli
Sebenarnya ada 1001 masalah yang boleh berkait dengan pembelian rumah ni… sebab itulah anda kena cuba selesaikan SEBELUM anda membuat keputusan membeli. Walau bagaimanapun sesetengah perkara tidak dapat dielakkan. Jika perkara berkaitan rumah yang ingin anda beli, mungkin anda boleh sediakan beberapa soalan ketika anda membuat lawatan untuk membeli rumah..Jika berkaitan dengan perkara-perkara lain, sebaiknya dapatkan nasihat agen, peguam atau anda boleh semak sama ada saya pernah kongsikan di sini atau tidak.
Tip 10 : Pindah Rumah
Ini pun kena ada tip ok… kalau tidak silap2 huru-hara la nanti masa nak pindah.. barang tak siap pack la.. pack tak betul la.. lori tak sampai la.. barang rosak masa sampai rumah baru la… semuanya perlu planning… nampak kecil tapi kalau tak percaya cuba tanya orang yang dah pernah pindah rumah..
sumber :http://blogsaku.com/10-tips-membeli-rumah/
No comments:
Post a Comment